Jumat, 25 Mei 2012

Keburukan Penggunaan Internet


Dewasa ini, komputer telah menjadi salah satu daripada alattelekomunikasi yang terpenting dalam kehidupan kita.Internet juga adalahsatu cabang daripada penggunaan komputer.Hasil ciptaan sains danteknologi ini mendatangkan kebaikan kepada semua lapisan masyarakatyang tahu memanfaatkannya.Namun begitu, penggunaan Internet juga bolehmendatangkan keburukan kerana ia dapat merenggangkan hubungan kekeluargaan.

Penggunaan Internet ini akan membuatkan seseorang itu leka dan lalai dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas yang lain. Sebagai contoh, ketika kita sedang melayari Internet, sudah tentu kita akan menumpukansepenuh perhatian dan tidak mahu diganggu oleh orang lain dan jika kitadiganggu, ini pasti mengundang kemarahan. Hal ini menunjukkan tanda-tanda awal kerengganga hubungan kekeluargaan akan berlaku. Di sampingitu, kita juga akan terperap di dalam bilik kerana begitu asyik dengan Internet.

Jika ibu bapa kita memanggil untuk makan atau melakukan sesuatu kerja misalnya, semestinya kita menolak dan seterusnya mengansingkan diridaripada ahli-ahli keluarga yang lain. Persefahaman dan kebahagian yangtelah dipupuk dahulu akan akan terhapus sama sekali. Selain itu bagi mereka yang gemar ke kafe-kafe atau ke pusat Internetkerana ketiadaan Internet di rumah pasti akan keluar dan meninggalkankeluarga mereka sendirian. Kadangkala ada juga golongan sebegini yangpulang sehingga lewat malam. Jadi bilakah ketikanya mereka akanmeluangkan masa untuk bersama keluarga? Lebih malang lagi apabilagolongan ini terusa memarahi ibu bapa yang memberi nasihat keranaberpendapat ibu bapa tidak memahami jiwa mereka.Tidak ketinggalan juga, sekiranya mereka terlalu lama berada di kafeInternet, sudah tentu mereka tidak tahu apa yang terjadi di rumah.



Dimanakah keluarga akan mencari mereka jika ditimpa kecelakaan atau berlakusesuatuyang tidak baik? Tidakkah ini menyusahkan banyak pihak? Remajakhususnya haruslah mengenal pasti antara perkara yang baik dan buruk.Sebagai contoh, jika seseorang itu ditangkap kerana melayari laman webpornografi. Hal ini akan memalukan keluarga dan kepercayaan keluargaterhadap mereka akan luntur.Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa penggunaan Internet jikadisalahgunakan akan mendatangkan keburukan daripada keburukan.Semuanya sudah jelas terbukti apabila terdapat ramai remaja yangbermasalah terlibat dalam penyalahgunaan Internet pada masa kini. Merekasemua menggunakan Internet tanpa tujuan atau niat yang baik. Apa yangmereka lakukan adalah tidak berfaedah dan tidak menguntungkan.Kecermelangan akademik para pelajar kita juga merosot sejak akhir-akhir ini. Pengunaan Internet adalah salah satu daripada puncanya. Oleh itupihak yang terlibat haruslah mengambil langkah-langkah yang jitu bagi menangani perkara sebegini.

Penyalahgunaan Internet tidak boleh dibiarkansama sekali terutamanya jika ada pelajar yang terlibat.Sebenarnya langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengatasimasalah ini adalah seperti mengadakan kempen-kempen tentang kebaikanpenggunaan Internet. Ibu bapa juga harus turut serta dalam menanganimaslah ini. Oleh itu, kita berharap agar penggunaan Internet tidak akanmerenggakan hubungan kekeluargaan tetapi mengeratkan lagi hubungan itu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar